Dato Dr Nazri Khan
Share This
Scroll Down
Back to home

The Insider

//The Insider

Program

01.

The Insider

Category : Program

Program ini menekankan Strategi Kejayaan Traders Saham Bertaraf Dunia seperti Dan Zanger, Ed Seykota dan Richard Dennis berhubung dengan “TRADING UNTUK KEHIDUPAN”

Peserta akan didedahkan tentang rahsia kejayaan mereka dengan menggunakan teknik-teknik yang mudah serta terbukti berjaya. Pendedahan bagaimana untuk melabur seperti pakar saham dan mencontohi teknik-teknik yang telah terbukti menghasilkan keuntungan yang sangat lumayan. Teknik ini sesuai digunapakai di pasaran tempatan mahupun pasaran dunia.

Kesinambungan dari program ini, peserta turut didedahkan dengan sebuah persatuan bertaraf antarabangsa yang memfokuskan analisa teknikal iaitu Malaysia Association of Technical Analyst (MATA). Peserta yang berminat boleh menyertai persatuan ini yang mana ia mampu untuk melahirkan pelabur yang bertaraf profesional sekaligus membangunkan Agenda Ekonomi Bumiputera melalui pasaran saham.

Antara manfaat menjadi ahli The Insider – Eye Of Chartist adalah anda akan berpeluang bertemu dan mendapat nasihat serta bimbingan oleh Dato’ Dr Nazri Khan di mana anda akan mendapat beberapa saham yang dijangka bakal berganda dalam setahun untuk dibeli lengkap dengan katalis yang bakal meletup. Anda juga mendapatkan rasional penuh di belakang setiap cadangan, termasuk sebarang potensi risiko. Oleh itu anda akan mempunyai semua yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan yang kukuh. Anda juga akan mendapat ulasan pasaran dan reaksi terhadap berita terpanas setiap minggu dan implikasinya terhadap strategi pelaburan.

Di samping itu, anda akan dilengkapkan dengan selengkap-lengkapnya ilmu Teknikal Analisis yang ada di dunia ini. Dengan ini, anda mampu gunakan dalam apa jua jenis instrumen trading yang wujud. Anda juga mampu gunakan dalam mana-mana pasaran yang ada seperti Australia, Asia, Eropah dan Amerika dari pagi hingga malam mengikut kemahuan anda dan di mana sahaja anda berada tanpa batasan.

Setiap minggu, kita akan memburu perniagaan yang memiliki pertumbuhan tinggi yang dijangka akan memimpin pasaran ala-ala Apple, Google dan Microsoft dan bagaimana untuk menunggang mereka bagi membina keuntungan pelaburan yang tinggi.

Hubungi
Close