Dato Dr Nazri Khan
Share This
//This Is The End Of Hardcore Traders?

This Is The End Of Hardcore Traders?

Share This

 

ISTIMEWA dan PENUH BERMAKNA!

Februari 2019… bulan yang sangat-sangat istimewa buat diri saya dan team Vega Hermosa yang berjuang mencipta kejayaan bersama-sama anda semua. Nak tahu kenapa?

1/ Bulan kelahiran saya yang ke-44 disambut dengan penuh bermakna bersama insan2 hebat

2/ Bulan saya ditauliahkan sebagai pengurus wang berlesen bertauliah bagi mengurus dana lebih daripada RM1juta

Ramainya yang jumpa saya, PM saya, DM saya bertanyakan hal mengenai program Hardcore Traders, iaitu program signature saya sendiri yang saya design hampir 8 tahun untuk melahirkan pelabur global baru dan berjaya di Malaysia ini.

Diam tak diam, pejam celik…pejam celik… masa berlalu terlalu pantas dan program Hardcore Traders ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 4,000 pelabur baru yang menggegarkan pasaran saham khususnya di Wall Street yang datang dari seluruh pelusuk bandar dan kampung untuk datang mencari ilmu dan belajar teknik dan strategi untuk mendapatkan pulangan yang luar biasa dari pasaran Global.

 

 

Terlalu banyak kenangan pahit dan manis sepanjang program yang saya pimpin lebih kurang 5 tahun ini. Ramai yang bermula dari “zero knowledge tentang saham dan ada juga yang skeptikal pasal saham,  ada yang dahulu pernah rugi teruk, ada jug yang melabur dari Bursa hingga berjaya menjejakkan kaki ke pasaran Global.

Sememangnya benar dunia saham mempunyai pelbagai cabaran dan ramai yang takut menghadapinya terutama kepada mereka yang hanya mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Tapi, percayalah, setiap masalah dan risiko merupakan peluang yang membuka jalan mencipta kekayaan jika dibekalkan dengan ilmu yang betul dan tepat. Jangan pernah berputus asa kerana tiada masalah yang tiada penyelesaian.

Dan alhamdulillah, ramai yang mula merasa manisnya saham Global… ramai yang saya berjaya bantu untuk ubah hidup dan kewangan mereka…. dan ada juga yang sudah menjadi guru-guru kepada pelapis baru anak bangsa. Syukur! Alhamdulillah… dan inilah yang saya impikan selama ni untuk melihat anak bangsa kita terus kaya dan berjaya.

Saya bangga dengan pencapaian anak didik saya selama ini dan pastinya bukan mudah untuk menjalani liku-liku 5 tahun run the show yang menjadi tempat di hati mereka. Saya masih berpegang kepada The Power of ILMU! Dengan ilmu yang betul, teknik yang betul… insyaallah kita pasti akan mengubah sesuatu termasuk kewangan sendiri. Hanya ilmu yang betul dan belajar daripada guru yang betul sahaja akan mengubah hidup kita dari biasa-biasa hingga ke luar biasa insyaallah.

 

 

Yang pastinya, setiap permulaan pasti ada pengakhiran… dan pengakhiran tersebut akan ada suatu titik permulaan yang baru bakal menyusul. Kita hidup sudah pasti harus ada matlamat tapi matlamat sahaja tidak mencukupi… kita perlukan matlamat yang jelas untuk kita menuju ke destinasi ataupun impian kita. Pastikan anda mempunyai matlamat walau apa pun yang anda buat dan ceburi kerana hidup kita adalah satu proses jangka panjang.

Proses untuk berjaya memerlukan tindakan yang gila dan kita harus teruskan energy yang luar biasa untuk kita capai setiap impian yang kita inginkan.

Memulakan tindakan mungkin mudah bagi sesetengah orang tetapi konsisten dan disiplin adalah perkara yang paling susah bagi semua orang….Jadi kita seharusnya cuba untuk senitasa berusaha mengekal momentum kejayaan yang telah kita mulakan.

Untuk anak didik saya dan yang bakal menjadi anak didik saya, teruskan momentum kejayaan anda! sesungguhnya untung dan rugi adalah adat dalam pelaburan saham. Pasaran saham adalah medan pentempuran.

Untuk program Hardcore Traders… ini adalah penamatnya! This Is The End! Finale! Noktah! Titik!

Dan tak ada lagi program Hardcore Traders. Sungguh! Sesi terkahir di batch 16 bertempat di The Palace of The Golden Horses Hotel adalah program yang terakhir untuk saya dan team.

HCT tidak akan berjaya tanpa bantuan dari crew-crew senior yang terlibat untuk bantu saya mendidik pelabur-pelabur baru.

 

 

Dan, tidak akan ada lagi #HCT tanpa kehadiran kamu para peserta yang memberikan energy luar biasa!, semangat luar biasa! tindakan luar biasa! sporting gilos!

Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberi kekuatan kepada saya selama ini untuk saya berjumpa dengan anda semua, mengajar dan berkongsi ilmu dengan anda semua. Satu-satunya kepuasan saya apabila melihat anda kaya dan berjaya.

Berakhir #HCT tidak bermakna saya dan team akan hilang dalam industri pelaburan &  kewangan ini tapi saya dan team akan bersedia untuk melangkah ke tapak yang lebih besar dan matlamat yang lebih jauh dengan program-program terbaru dari saya insyallah. Suka saya nak berkongsi kepada anda tentang program terbaru saya, iaitu Program “Menang Saham” Bersama DDNK di Astro Awani pada setiap hari Isnin jam 9.00 malam, iaitu program rancangan pendidikan pelaburan saham Global yang pertama di Malaysia. Di samping itu, saya nak anda klik pada gambar ini untuk tonton video program saya yang terbaru termasuklah kisah anak didik saya termasuk yang bermula daripada kosong dan yang bermula daripada skeptikal.

 

 

Terima kasih kepada anda semua! Terima kasih anak didik saya… seluruh #HCT! Anda boleh layari www.menangsaham.com sekarang untuk maklumat lanjut mengenai program saya dan jika anda mempunyai pertanyaan, team vega akan membantu anda dengan hubungi 0146698307 / 0146698327.

Sebelum saya terlupa, apa kata anda join telegram elit saya dengan mendaftar di www.telegramddnk.com dan join sekali group eksklusif di FB Group dengan mendaftar di www.ddnkclub.com. Anda akan dapat ilmu percuma dari saya sendiri bersama team saya berkenaan dengan ilmu saham sebenar.

Walaupun saya dengan team berikan free training dalam FB DDNK CLUB, tapi manusiakan ego mesti ada dalam diri. Betul tak? …… Bukan mudah untuk ubah ego manusia!

 

Salam Kejayaan, Salam Pelaburan;

 

Dato Dr. Nazri Khan ;

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management.

Top Opinion Leader, Stock Investment & Market Analyst Bursa Malaysia, Speaker, Trainer & Coach.

Fellow, Founder & Chairman MATA (Malaysian Association Technical Analyst).

Book Author : “Dari Malaysia Ke Wall Street”

#HardcoreTraders #MenangSaham #DDNKSquad

 

 

Share This

  • 6 Comments
6 thoughts on “This Is The End Of Hardcore Traders?
  • BALADOU BIN LONTOU

    Program kelas masih ada ke lagi Bosku?

  • Marliza Abu Bakar

    Macam mana nak join seminar atau kelas

    • Ismail Itam Daim

      Saya rasa amat terharu dan amat teruja membaca penulisan yang penuh bersemangat dari Dato Dr Nazri Khan.Saya ‘look forward’ untuk menimba ilmu dalam pengendalian cara menang saham pada minggu ini dan berhasrat untuk berjaya sedikit demi sedikit dalam bidang yang pertama Kali Saya ceburi.Terima kasih.

  • MOHD ZULKIFLI

    Saya nak daftar untuk Mula melabur saham. Bagaimanakah Cara untuk bermula yg zero macam sata

  • mohd fauzi bin mohd noh

    sya tlh hadir seminar di persada jb tempuhari tapi x dpt duduk smpai ptg sbb ada kematian. dlm bulan sept ni ada tak program utk guerilla traders datok
    klau ada sy nk join

  • Azimah Abd Shukor

    Bangga dengan perjalanan dato. Semoga diberi nikmat rezeki kesihatan untuk berdakwah dan sebarkan ilmu yang ada dalam diri Dato.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi

F-1-1, Block F Encorp DeStrand The Garden Office,
Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Office: +603 614 46111
Hotline: +6014 669 8307 , +6014 669 8327

Categories

Hubungi
Close