Dato Dr Nazri Khan
Share This
//4 Perkara Penting Yang Perlu Trader Tahu Mengenai Teknikal Analisis

4 Perkara Penting Yang Perlu Trader Tahu Mengenai Teknikal Analisis

Share This

Apa itu Technical Analysis?

Technical analysis merupakan salah satu metodologi analisa pasaran (selain fundamental analysis) yang diperaktikkan bagi meramal pergerakan harga pasaran melalui kajian data pasaran lampau. Mari kita baca 4 point penting untuk anda tahu :

  1. Segala Maklumat Berkenaan Pasaran Berada Di “Price Action”

Di dalam analisa fundamental, fokus banyak diberikan kepada maklumat-maklumat kewangan sesuatu syarikat seperti maklumat pendatapan  dan jumlah jualan dalam menentukan nilai sesuatu  saham. Seorang penganalisa teknikal pula tidak menitikberatkan persoalan “mengapa”  sesuatu saham atau aset itu didagangkan pada harga tertentu, sebaliknya lebih tertarik kepada ke mana harga akan membuat pergerakkan. Pendek kata, seorang penganalisa  teknikal percaya bahawa segala berita “bullish” dan “bearish” yang dilaporkan sudah diambil kira di dalam informasi harga. Fokus lebih diberikan kepada momentum yang memacu tren semasa sambal membuat aggaran bila dan dimana situasi semasa bakal berubah.

 

  1. Volume Dagangan Mengandungi Maklumat-Maklumat Penting

Banyak pergerakan harga seperti “breakout” ke puncak yang baru, lebih bermakna jika ianya berlaku dengan volume dagangan yang lebih tinggi dari biasa. Bagi majoriti penganalisa teknikal, semakin tinggi volume dagangan semakin “valid” breakout tersebut. Ini adalah kerana volume yang besar menggambarkan keyakinan tinggi traders di dalam pasaran. Oleh sebab itu, volume pasti menjadi indikator atau tool pertama yang ditambah ke dalam carta bagi mana-mana penganalisa teknikal.

 

  1. Pasaran Didorong Oleh Faktor-Faktor Psikologi Selain Daripada Nilai Fundamental

Permintaan bagi sesuatu sekuriti menaik dan menurun berdasarkan penilaian terkumpul yang dilakukan trader-trader baik atas penilaian sebenar mahupun penilaian luaran sesuatu sekuriti. Contohnya, pengumuman berkenaan bilangan jualan yang memberangsangkan dan pendapatan yang semakin berkembang untuk sesuatu syarikat bakal mengakibatkan trader-trader mempunyai pandangan yang “bullish” untuk saham syarikat itu. Kesannya, dengan permintaan yang tinggi untuk saham syarikat ini harga saham secara semulajadi akan melonjak naik. Seorang penganalisa teknikal akan cuba mengenalpasti senario ini dengan melihat “price action” yang semakin memberangsangkan dan peningkatan pada volume dagangan.

 

  1. Harga Selalu Bergerak Mengikut Tren dan Pattern.

Persepsi umum boleh berubah-ubah tidak mengira masa. Ada masanya perubahan ini memberi kesan kepada persepsi mengenai keseluruhan pasaran saham secara umum. Ada masanya pula perubahan ini memberi kesan hanya kepada segmen tertentu di dalam pasaran ataupun hanya saham-saham tertentu. Namun kebiasaannya, harga asset-aset ini lebih banyak bergerak tanpa ada sebarang “news” yang dapat menjelaskan mengapa pergerakan harga tersebut berlaku. Jadi, ia kelihatan seolah-olah pergerakan harga adalah secara rawak. Walaubagaimanapun, sejarah menunjukkan price action akan selalu mengikut pattern atau tren.

Tren di sini bermaksud arah pergerakan secara umum sesuatu harga sekuriti di dalam sesuatu jangka masa. Tren adalah berterusan sehingga terdapat isyarat yang jelas yang menunjukkan tren sedang “reverse”. Amacam? Belajar sesuatu tak? Insyaalah tidak lama lagi kami akan lancarkan seminar terbaru kami bagi tahun 2019. Tapi sebelum itu kami nak ajak anda semua join FB Group Eksklusif kami dan didalam itu banyak perkara tentang saham anda akan pelajari. So apa kata anda klik www.menangsaham.com sekarang !

 

Share This

  • 7 Comments
7 thoughts on “4 Perkara Penting Yang Perlu Trader Tahu Mengenai Teknikal Analisis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi

F-1-1, Block F Encorp DeStrand The Garden Office,
Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Office: +603 614 46111
Hotline: +6014 669 8307 , +6014 669 8327

Categories

Hubungi
Close