Dato Dr Nazri Khan
Share This
Scroll Down
//3 Fakta Realiti Dalam Dunia Pasaran Modal

3 Fakta Realiti Dalam Dunia Pasaran Modal

Share This

  1. Trader Yang Konsisten Tidak Dilahirkan Semalaman

 

Ini merupakan fakta yang sukar untuk diterima sebagai seorang yang baru menjinakkan diri dalam dunia pasaran modal tetapi trading secara konsisten ni memerlukan masa. Traders terhebat dunia mengambil masa beberapa tahun untuk sampai ke tahap mereka sekarang ini.

Bagi sesetengah trader, dalam masa setahun dah boleh master tetapi bagi yang majority memang akan ambil masa yang lebih lama. Dalam hal pembelajaran dunia pasaran modal ni, sebaiknya kita tidak bandingkan kemahiran diri dengan trader yang lain semasa belajar kerana setiap manusia mempunyai tahap pemahaman, pengalaman, dan kemahiran yang berbeza. Jika kita terlalu gopoh dan terlampau mencuba mengejar sesuatu memang akan jadi kucar-kacir sehingga akhirnya langsung tidak membuahkan hasil.

Untuk kita dapatkan ijazah di institut pengajian tinggi pun ambil masa 3-5 tahun dan nak jadi seorang doktor pula mengambil masa nak hampir satu dekad. Jadi, untuk menjadi seorang trader yang konsisten mengapa undang-undangnya pula berbeza? Laburkan masa anda di dalam diri sendiri dan konsisten pasti datang.

 

 

  1. Banyak Lagi Kegagalan Yang Menunggu

 

Di sepanjang umur muda kita, kita telah dididik untuk mencapai prestasi cemerlang dengan markah tertinggi selain menjauhkan diri dari kegagalan. Namun dalam proses pembelajaran trading, kegagalan itu merupakan antara pengajaran terpenting yang dapat dipelajari. Sememangnya sudah dijamin bahawa anda pasti akan ketemu kegagalan dalam merentasi perjalanan menjadi seorang trader berjaya. Oleh itu, jangan berputus asa, kita semua harus melaluinya demi mengecapi kejayaan.

Ray Dalio, seorang pengurus dana hedge fund terbesar dunia Bridgewater Associates, menyifatkan rahsia kejayaannya diperolehi dari kegagalan. Perkara-perkara yang berharga banyak dipelajarinya daripada meneliti sesuatu kegagalan. Walaupun penerimaan sesuatu kegagalan itu bukanlah sesuatu yang mudah bahkan ia boleh diibaratkan bagai sebuah mimpi yang ngeri namun setelah anda melaluinya, ia sebenarnya membina anda ke arah menjadi seorang yang lebih kuat.

 

 

  1. Penguasaan Psikologi

 

Emosi yang terumbang-ambing di dalam dunia pasaran modal akan menjurus kepada persoalan berkenaan kewarasan diri anda dalam membuat keputusan. Oleh sebab itu, sebaik sahaja anda berjaya menguasai psikologi di dalam trading ini, anda sebenarnya sudah hampir untuk menjadi trader yang konsisten. Antara sebab mengapa trading itu begitu rumit adalah kerana ia bermain dengan emosi terutamanya melalui perasaan takut dan tamak.

  • Takut kehilangan wang. (Takut)
  • Takut terlepas peluang. (Tamak)

 

 

Kesimpulannya di dalam trading, apabila anda melihat harga mula bergerak ke arah lawan secara semulajadinya anda akan mula berasa takut. Manakala apabila harga bertukar, berpihak kepada anda, anda mula mengharapkan pulangan yang lebih besar, ini dinamakan tamak. Amacam, belajar sesuatu?

Share This

  • 0 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi

F-1-1, Block F Encorp DeStrand The Garden Office,
Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Office: +603 614 46111
Hotline: +6014 669 8307 , +6014 669 8327

Categories

Hubungi
Close