Dato Dr Nazri Khan
Share This
Scroll Down
//5 Kesalahan Sinonim Buat Pelabur Baru. Point No.5 Penting Buat Anda

5 Kesalahan Sinonim Buat Pelabur Baru. Point No.5 Penting Buat Anda

Share This

Buat pelabur & pedagang yang sudah berjinak dalam pelaburan semestinya mereka telah lalui dan merasai kesalahan-kesalahan ini bahkan yang sudah lama terlibat sekali pun tidak boleh lari dari kesalahan ini ini kerana akibat emosi kita sendiri tidak dapat dikawal. Inilah lumrah sebagai pelabur dan pedagang. Jom kita baca apakah kesalahan sinonim dari pelabur.

 

  1. Melabur Tanpa Trading Plan atau Trading Journal

Apabila kita terlalu tertumpu untuk mencari peluang dalam pasaran saham ni, emosi kita mesti sedikit sebanyak terganggu . Dan bila emosi terganggu pula, segala analysis, undang-undang, dan lampu merah pun boleh  dilanggar.

Jadi untuk membantu anda mencapai matlamat anda dalam dunia pelaburan saham ni, perlulah ada trading plan atau trading journal. Plan atau journal ini menjadi garis panduan ringkas bagi menunjukkan syarat-syarat untuk entry/exit posisi dan juga sebagai rujukkan anda dalam pengurusan risiko. Plan atau journal ini perlulah mudah untuk dirujuk, direkod dan disemak semula bagi menjejak tahap kemajuan anda.

 

  1. Tidak Menetapkan Stop Loss

Trading tanpa stop loss ni adalah sama dengan anda memandu tanpa memasang tali keledar. Betul, memang sebelum ini kita buat alhamdulillah tak ada kemalangan. Namun, satu hari nanti jika kita ditakdirkan terlibat dalam kemalangan padahnya adalah jauh lebih teruk berbanding apabila kita mengambil langkah jaga-jaga.

Realitinya, keputusan jual dan beli saham ni memang tidak akan jadi 100% betul. Itu adalah perkara yang normal. Oleh sebab itu, penggunaan stop loss adalah wajib supaya sekali anda merasa rugi tu adalah kerugian yang kecil, terkawal, dan boleh diperolehi semula.

 

  1. Berdendam dengan Sesuatu Saham atau Revenge Trading

Revenge Trading ni ialah situasi yang berlaku selepas mengalami kerugian di mana anda menjadi terlalu emosi dan mula bertindak agresif dalam membuat keputusan untuk mendapatkan semula modal yang hilang.

Kebiasaannya, dalam revenge trading ni posisi yang dibuka adalah jauh lebih besar dari posisi lepas. Ada yang buka dua kali ganda saiz posisi bahkan tiga kali ganda pun ada. Perbuatan membalas dendam ni dilakukan untuk kembalikan akaun dagangan mereka  menjadi positif secepat yang mungkin.

Memang susah kita nak terima kerugian ni tetapi polisi yang terbaik dalam pelaburan ialah dengan merendahkan ego dan terima sahaja rugi tersebut. Daripada terus berdendam dengan saham tersebut tanpa memperoleh apa-apa manfaat, tumpukan focus anda ke arah mengkaji semula kesalahan dan ketahui di mana ruang yang boleh diperbaiki dan belajar untuk terus berkembang sebagai seorang pelabur.

 

  1. Harapan yang Tidak Realistik

Anda perlu ada matlamat yang jelas dalam pelaburan bagi tujuan memberi motivasi selain memupuk tahap disiplin yang tinggi. Tanpa motivasi dan disiplin anda sememangnya tidak akan dapat bertahan lama dalam dunia pelaburan.

Tetapi, matlamat itu perlulah realistik. Nak untung  100% setiap hari memang menjadi idaman mana-mana pelabur tapi adakah ia realistik? Jika inilah matlamat anda melabur, anda tidak perlu tunggu lama untuk modal anda melebur.

 

5. Tidak mempunyai mentor / guru yang betul

 

Anda perlu ingat, guru yang mengajar kita adalah guru yang pergi belajar dengan guru mereka sendiri selain daripada menghabis wang ringgit untuk ke luar negara atau sebagainya bagi menuntut ilmu. Tidak habis dengan itu, apa yang lebih mahal adalah pengalaman jatuh bangun mereka didalam sesuatu bidang yang lebih dari 20 tahun ataupun lebih di sesebuah industri yang mereka ceburi.

Jika guru sentiasa memperbaiki atau mem ‘upgrade’ kan diri mereka dengan ilmu kenapa tidak bagi anda? Bayangkan, orang yang sudah terlibat dengan ilmu sekalipun boleh rugi apa lagi mereka yang terlibat tidak ada ilmu yang betul.

Guru mana yang tidak gembira melihat anak didik mereka sendiri berjaya memperbaiki tahap kewangan mereka ke tahap yang lebih baik dan mampu pergi untuk melakukan ibadah umrah / haji, dapat membantu orang lain yang memerlukan serta membuat orang tersayang merasa gembira bersama kita. Beza kita dengan orang lain adalah tindakan kita bahkan itu menjadi batu penghalang buat kita untuk mencapai sesuatu perkara.

“Price is what you pay, value is what u get.”  – Warren Buffet 

Apa yang penting ialah untuk menetapkan matlamat dan sasaran yang realistik, dan pada masa yang sama mengambil langkah sistematik bagi membolehkan anda mencapai matlamat ini. Dan jangan lupa untuk mencari guru yang betul yang sudi mentarbiah anda. Dalam saham anda tidak boleh malas, anda harus disiplin dan rajin untuk belajar, belajar dan belajar, Jangan berhenti untuk belajar!

“Orang yang tidak pernah buat silap tidak pernah cuba sesuatu yang baru.”  – Albert Einstein

Share This

  • 2 Comments
2 thoughts on “5 Kesalahan Sinonim Buat Pelabur Baru. Point No.5 Penting Buat Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi

F-1-1, Block F Encorp DeStrand The Garden Office,
Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Office: +603 614 46111
Hotline: +6014 669 8307 , +6014 669 8327

Categories

Hubungi
Close