Dato Dr Nazri Khan
Share This
Scroll Down
//Harga Minyak Dunia Membuat Terjunan

Harga Minyak Dunia Membuat Terjunan

Share This

Harga Brent crude oil yang merupakan penanda aras utama bagi pembelian minyak satu dunia jatuh lebih dari paras USD 70 se-tong semalam akibat dari bekalan minyak yang melebihi permintaan semasa. Harga minyak dunia dilihat merudum dengan drastik selepas hanya enam minggu lepas berjaya mencapai paras tertinggi sejak 2014. Bulan lepas harga tertinggi yang dicatatkan adalah sekitar USD 86 se-tong dan setakat minggu ini harga telah susut lebih daripada USD 20 se-tong.

Penurunan ini amat membimbangkan terutamanya kepada pemain industry minyak mentah dan gas. Syarikat-syarikat antarabangsa dan tempatan sama-sama terkesan dengan penurunan mendadak harga minyak mentah. Kami kongsikan sedikit mengenai senarai syarikat di bursa yang mendapat tempias ekoran harga minyak dunia merudum.

Bekalan minyak yang belebihan kali ini disebabkan beberapa faktor antaranya produksi minyak yang semakin meningkat, pengurangan penggunaan minyak hasil daripada trade war , dan juga President Trump yang membenarkan  8 negara untuk  berdagang minyak dengan Iran. Tiga factor ini menyebabkan bekalan minyak naik mendadak sekali gus merendahkan nilai komoditi ini. Apa pula kata carta Brent Crude Oil? Mari sama sama kita saksikan!

Berdasarkan pergerakan tren yang boleh dijangka menggunakan trendline, anda dapat lihat di bawah bagaimana pergerakan harga minyak mentah ini memulakan pergerakan downtrend sejak tahun 2008 di carta bulanan atau monthly chart.

Beralih ke carta mingguan atau weekly chart pula, harga minyak diniagakan di dalam lingkungan jarak antara dua ascending trendline yang selari membentuk channel.

Beralih ke yang terakhir iaitu carta harian atau daily chart, carta menunjukkan harga menembusi ascending trendline yang berada pada paras USD 74 se-tong memberi pengesahan yang tren telah berubah menjadi downtrend.

Kami kongsikan dari bacaan teknikal secara amnya minyak sudah membuat breakdown ke bawah dan jatuh dibawah uptrendline. Adakah akan ada signal untuk rebound selepas kejatuhan mendadak? Sama sama kita nantikan sama ada masih downtrend atau tercari cari untuk melakukan uptrend permulaan trend baru.

Selamat melabur kepada semua pelabur diharap anda semua membuat trading plan dan hati hati memasuki pasaran akibat sentimen serantau tidak menentu. Moga perkongsian kali ini memberi input atau manfaat kepada anda untuk membuat keputusan. INGAT! Ini adalah perkongsian hasil research kami bertujuan pendidikan. Pelaburan andatanggungjawab anda. Kami tidak akan bertanggungjawab aktiviti jual beli anda. Share artikel ini supaya ramai orang memdapat manfaat dari info ini.

#DDNKResearchTeam

#DDNKSquad

 

 

 

Share This

  • 0 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi

F-1-1, Block F Encorp DeStrand The Garden Office,
Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Office: +603 614 46111
Hotline: +6014 669 8307 , +6014 669 8327

Categories

Hubungi
Close