Dato Dr Nazri Khan
Share This
Scroll Down
//Kata-Kata Hikmah Dari Dr. Alexander Elder Tentang Psikolgi Dalam Trading Yang Wajib Anda Tahu

Kata-Kata Hikmah Dari Dr. Alexander Elder Tentang Psikolgi Dalam Trading Yang Wajib Anda Tahu

Share This

Dalam bukunya ‘Trading for a Living’, Dr. Alexander Elder banyak menerangkan tentang psikologi. Tanpa mindset yang betul, sangat rendah probability untuk anda profit dalam trade betul tak? Tapi sebelum itu kami kongsikan siapakah Dr. Alexander Elder serba sikit dahulu.

 

Bekerja Sebagai Psikiatri

Untuk pengetahuan anda, Dr. Alexander Elder pernah bekerja sebagai seorang psikiatri. Antara kes yang banyak memberi wawasan kepada beliau adalah mengendalikan kes-kes alkohol. Ini kerana mereka yang terlibat dengan alkohol selalunya membuat kesalahan tanpa disedari, dan mereka sentiasa dalam ‘denial state’ (penafian). Pengalamannya dalam memahami gaya fikir dan tindak-tanduk manusia sedikit sebanyak membantu dalam dunia trading. Jom ikuti apa kata-kata beliau tentang psikologi individu dalam trading:

 

#1. Kejayaan atau kegagalan sebagai seorang trader bergantung kepada emosi. Anda mungkin memiliki sistem trading yang gempak, tetapi jika wujud perasaan angkuh, takut, atau kecewa, perkiraan anda pasti akan meleset. Seandainya anda sedar wujudnya sifat takut, tamak, atau judi yang tinggi, close sahaja trade anda.

#2. Dalam trading, anda bertempur di kalangan mereka yang paling tajam mindanya di dunia. Kiranya kalau dibiarkan sahaja emosi anda masuk campur urusan trading, tentunya anda kalah pertarungan.

#3. Sahabat dan partner saya di SpikeTrade.com, Kerry Lovvorn gemar mengulang: “Sangat sukar untuk tahu apa aksi yang market akan buat; sekiranya anda tak tahu apa nak buat, anda sudahpun kalah dalam permainan tersebut.”

#4. Memiliki sistem trading yang bagus semata-mata tidak memadai. Ramai trader menggunapakai sistem trading yang canggih tetapi hanyut, kerana secara psikologinya mereka belum bersedia untuk menang.” – Trading for a Living, Dr. Alexander Elder

 

Share This

  • 0 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi

F-1-1, Block F Encorp DeStrand The Garden Office,
Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Office: +603 614 46111
Hotline: +6014 669 8307 , +6014 669 8327

Categories

Hubungi
Close