Dato’ Dr. Nazri Khan

Dato’ Dr. Nazri Khan merupakan pemegang Ijazah Ekonomi dan Kewangan daripada Universiti Manchester, United Kingdom. Meskipun dikenali sebagai figura ekonomi dalam dunia pasaran modal, beliau tidak lokek berkongsi pengalamannya, malahan sentiasa menyantuni sesiapa sahaja yang ingin menjadi pelabur profesional.

Beliau merupakan seorang penganalisis ekonomi dan ekuiti berlesen yang berpengalaman selama 20 tahun sehingga peringkat antarabangsa. Beliau berpengalaman mengendalikan lebih 1000 seminar pelaburan di Malaysia dan luar negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Sudan dan Mesir.

Pada masa ini, Dato’ Dr. Nazri Khan memegang jawatan Chairman & Lifetime Fellow Malaysian Association of Technical Analysts dan merupakan Ahli Persatuan Penganalisis Teknikal (UK). Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Penyelidikan MIMB Investment Bank dan pernah menjawat jawatan penting di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.Di samping itu, Dr. Nazri Khan sering menjadi pilihan media utama untuk memberikan komentar tentang pasaran saham seperti TV3, Astro Awani, Bloomberg, CNBC, The Star, The Edge dan Bernama.

Dato’ Dr. Nazri Khan merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Multimedia Malaysia dan salah seorang pakar analisis teknikal yang diiktiraf dunia. Baru-baru ini, beliau pernah dijemput untuk memberikan ucapan pada sidang International Federation of Technical Analysis di Tokyo. Penulisan beliau dalam majalah Mingguan Wanita menerusi ruangan “Jom Buat Duit” sentiasa ditunggu-tunggu oleh pembaca dan dijadikan wadah serta rujukan mereka untuk menganalisis pasaran saham, secara tidak langsung dapat membantu pembaca mendapatkan info untuk pelaburan mereka.

* * * * *

Dato’ Dr. Nazri Khan is an Economic & Finance degree graduate of the University of Manchester, a licensed equity analyst with international retail experience, conducting over 1000 retail investment functions in Malaysia and overseas.

He is currently the Chairman & Lifetime Fellow Malaysian Association of Technical Analysts and is a Full Member Of The UK Society Of Technical Analyst. He has been in retail trading industry for seventeen years and is currently the President of Malaysian Association Of Technical Analyst. Prior to Affin, he was the Chief Technical Analyst and Head of Research in MIMB Investment Bank as well as sit in Dewan Perniagaan Melayu Malaysia as a board member.

He is widely followed in the social media and has been a weekly stock market commentator in Malaysian local and foreign mainstream media. Finally, he is a PhD holder from Multimedia University, Cyberjaya and is a Certified Financial Technician affiliated with International Federation of Technical Analyst. He advises Tengku Ariff Temenggung (TAT) Asset Sdn Bhd and was conferred Darjah Indera Mahkota by The Royal Highness of Sultan Pahang.