Saham-Saham Terhebat Dunia

Apabila kita merancang nak buat pelaburan dalam saham, sudah pasti kita akan buat perbandingan antara saham paling menguntungkan di Malaysia. Soalan saya: Kenapa perlu hadkan pilihan saham dalam Malaysia? Kenapa tidak ke luar negara?

Kalau anda benar-benar nak merasakan ‘kemanisan’ dalam dunia pelaburan saham, nasihat saya mudah saja. Go global. Cari saham di luar negara. Bukan nak kata saham di Malaysia ini tidak bagus atau tidak untung. Banyak saham hebat di Malaysia yang kita boleh pilih tapi kita kena lihat dalam konteks memaksimumkan keuntungan.

Aktiviti ekonomi Malaysia hanya 0.505 peratus daripada keseluruhan aktiviti ekonomi dunia tahun lalu. Jadi kalau anda hanya melabur di dalam Malaysia, anda sudah bazirkan 99.5 peratus lagi peluang untuk buat duit. Itu bukanlah ciri pelabur yang kita nak. Jadi minggu ini saya nak bercakap pasal saham-saham hebat dunia supaya anda dapat lihat betapa luasnya dunia pelaburan saham.

Tentu sekali tak lengkap bercakap pasal saham hebat kalau kita tak sentuh kisah kejayaan saham Facebook, Apple, Google dan sebagainya. Kehebatan saham Facebook memang tak dapat dinafikan lagi. Kekayaan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg bertambah sebanyak US$3 bilion pada Februari lalu selepas saham Facebook melonjak disebabkan prestasi syarikat itu dalam pengiklanan mudah alih. Jualan iklan di Facebook meningkat sebanyak 51 peratus, dan pengguna aktifnya meningkat sebanyak 17 peratus, mencecah 1.86 bilion orang sebulan.

Saham hebat juga tidak semestinya jenama-jenama besar dunia. Kalau anda jenis yang berani mengambil risiko, anda juga boleh melabur dalam syarikat baru yang berpotensi tinggi berbanding hanya melabur dalam syarikat besar semata-mata. Banyak syarikat-syarikat kecil yang mencatatkan peningkatan nilai saham luar biasa kerana menawarkan sesuatu perkhidmatan atau produk yang baru.

Kalau kita rajin membaca dan membuat kajian sikit mengenai saham-saham baru yang berpotensi tinggi, kita boleh buat keputusan bijak untuk melabur awal-awal lagi. Tak payah pergi jauh. Mula-mula tengok negara-negara jiran kita dulu. Antara saham yang dianggap paling hebat tahun lalu ialah saham milik sebuah syarikat pemaju hartanah di Filipina, DoubleDragon Properties Corp.

Syarikat itu baru saja disenaraikan di pasaran saham pada 2014 tetapi nilai sahamnya meningkat 2,500 peratus menjelang 2015, mengalahkan 460 syarikat pemaju lain di Asia. Prestasi saham itu melepasi jangkauan sebab ramai pelabur yakin dengan model perniagaan syarikat itu yang memfokuskan pembinaan pusat membeli-belah kecil di pinggiran kota dan kampung bagi memenuhi keperluan pembeli di kawasan yang jarang diterokai syarikat besar lain. Pembeli-pembeli awal saham itu dilimpahi keuntungan luar biasa apabila harga sahamnya meningkat 375 peratus hanya dalam tempoh sebulan selepas disenaraikan di pasaran saham.

Cerita-cerita keuntungan gila sebegini lebih banyak kita dapati di luar negara kerana kebanyakannya mempunyai pasaran yang lebih besar dari segi populasi penduduk berbanding di Malaysia. Apa tunggu lagi? Banyak saham-saham hebat di luar negara sedang menunggu untuk bagi keuntungan berlipat kali ganda kepada anda. Hanya pilih dan labur. Apa yang anda perlukan hanyalah kemahiran untuk memilih saham yang betul dengan membuat sedikit analisis dan penilaian risiko. Kenapa pilih saham yang bagi pulangan 10 peratus setahun kalau ada saham yang boleh bagi pulangan 375 peratus sebulan?

Kemahiran inilah yang perlu ditajamkan untuk memastikan anda dapat memaksimumkan keuntungan. Kalau anda bersedia nak buat duit, mulakan langkah pertama dengan hadiri seminar saya di mana saya akan kongsikan cara memilih saham dengan betul dan cara melabur dalam saham luar negara.

Bagi mereka yang bertanya dimana dan bilakah tarikh seminar apa kata anda hadirkan diri anda ke Seminar Pelabur Global dengan mendaftarkan diri anda dengan cara :

1/ Layari www.PelaburGlobal.com

2/ Melalui SMS/WHATSAPP: Hantar <Nama> <No. IC> <No. Tel> <Email> <Lokasi Seminar> ke +6014-669 8307 /+6014-669 8349 / +6014-669 8327