Cari Gergasi Untuk Dapat Untung

Saya sebenarnya sangat teruja apabila membaca mengenai rancangan syarikat minyak negara Arab Saudi, Saudi Aramco yang ingin menyenaraikan syarikat itu di pasaran saham. Atau dalam kata mudah, go public.

Syarikat gergasi itu dilaporkan merancang untuk menawarkan hanya 5 peratus daripada pegangan saham mereka, tapi nilainya dijangka mencecah US$100 bilion, iaitu penawaran awal paling besar dalam sejarah dunia.

Berita pasal Saudi Aramco ini memang membuatkan ramai pelabur tidak tidur lena sebab terlalu teruja memikirkan keuntungan yang akan diperolehi apabila membeli saham syarikat gergasi itu. Ramai tak sabar tunggu pengumuman rasmi tentang tarikh saham Saudi Aramco akan ditawarkan.

Apabila syarikat persendirian memutuskan untuk memasuki pasaran saham, mereka buat pertama kalinya akan menawarkan saham kepada sesiapa sahaja yang ingin membelinya. Ini dipanggil tawaran awam permulaan (IPO).

Macam saya pernah tulis sebelum ini, syarikat selalunya memilih untuk menawarkan saham mereka kepada pelabur sebab mereka mahukan modal untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Tapi ada juga syarikat gergasi yang dimiliki oleh sesebuah negara atau keluarga memilih untuk disenaraikan di bursa saham bagi memperkukuhkan kedudukan mereka bukan saja dari segi kewangan tapi juga dari segi pengaruh politik di peringkat antarabangsa atau untuk mencari dana bagi pembangunan negara. Syarikat seperti inilah yang kita perlu cari kalau kita nak buat duit.

Saudi Aramco adalah syarikat minyak terbesar dunia dari segi jumlah pengeluaran minyak sehari. Nilai sebenar syarikat itu memang kita tak tahu sebab ia syarikat persendirian tetapi jika 5 peratus sahamnya yang ingin disenaraikan itu dikatakan mencecah US$100 bilion, secara kasarnya ini bermakna nilai sebenar syarikat itu ialah US$2 trilion!

Syarikat dimiliki kerajaan Arab Saudi itu ketika ini mampu mengeluarkan 12 juta tong minyak sehari dan diberikan hak untuk mencari dan menggali 260 bilion tong simpanan minyak yang berada di Arab Saudi.

Seperti yang saya tulis minggu lalu, negara pengeluar minyak OPEC termasuk Arab Saudi bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak untuk menaikkan semula harga minyak. Kenaikan harga minyak ini akan menjadi titik tolak kepada kejayaan saham Saudi Aramco. Minyak dan gas juga dijangka akan terus menjadi sumber tenaga utama dunia bagi tempoh 20 tahun akan datang walaupun kita sedang menuju ke arah penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang lebih mesra alam.

Jadi kita boleh jangkakan harga saham Saudi Aramco akan melonjak sebaik ia ditawarkan. Tawaran saham atau IPO Saudi Aramco ini dijangka berlaku pada akhir tahun depan atau 2019. Jadi bersiap sedialah untuk merebut peluang ini.

Ciri-ciri pelabur yang mahir adalah selain menilai saham yang sudah sedia tersenarai di bursa, kita kena rajin mengambil tahu tentang rancangan syarikat-syarikat persendirian untuk menawarkan saham mereka, terutama syarikat gergasi seperti Saudi Aramco.

Kerana apabila gergasi ini bangkit, kita mahu pastikan kita telah mengikat tangan dan kakinya supaya kita tidak ditelan oleh penyesalan di kemudian hari. Saya akan kongsikan banyak lagi contoh syarikat gergasi yang kita perlu pantau dalam seminar saya.

Bagi mereka yang bertanya dimana dan bilakah tarikh seminar apa kata anda hadirkan diri anda ke Seminar Pelabur Global dengan mendaftarkan diri anda dengan cara :

1/ Layari www.PelaburGlobal.com

2/ Melalui SMS/WHATSAPP: Hantar <Nama> <No. IC> <No. Tel> <Email> <Lokasi Seminar> ke +6014-669 8307 /+6014-669 8349 / +6014-669 8327