Berani Tak Jadi ‘Orang Minyak’

Sekarang ini kalau sebut industri minyak dan gas (O&G), semua orang takut. Ramai hilang kerja apabila harga minyak jatuh. Kalau dulu mak-mak bangga anak mereka kahwin dengan jurutera O&G, sekarang ini mungkin ramai tak nak ambil jadi menantu!

Saham syarikat minyak gergasi dunia seperti Exxon Mobil dan Shell menunjukkan trend menurun sejak 2014. Hampir 100 pengeluar minyak dan gas di seluruh dunia isytihar muflis sebab tak dapat tanggung kos operasi mereka. Jadi kita patut jauhi saham minyak dan gas, kan?

Tidak, inilah masa terbaik untuk melabur dalam saham syarikat O&G. Kalau anda ingin jadi pelabur, perkara pertama anda perlu lakukan adalah tukar cara pemikiran. Anda perlu lihat sesuatu keadaan dari sudut pandangan seorang pelabur hebat untuk sambar peluang yang datang.

Harga minyak dunia mencecah paras terendah US$28 setong pada Februari 2016. Itu kejatuhan yang sangat teruk kerana pada Mac 2012, harga minyak masih di paras US$124 setong. Jadi kenapa pula saya kata anda patut melabur dalam saham O&G? Kerana minyak dan gas adalah komoditi luar biasa.

Harga saham lain kebanyakannya bergantung kepada prestasi syarikat itu semata-mata. Katalah saham Facebook jatuh merudum, apa kesannya kepada penduduk di seluruh dunia? Tidak ada, kecuali pelabur-pelabur Facebook mungkin menangis. Tapi untuk industri O&G, apabila harga minyak terlalu rendah atau terlalu tinggi, satu dunia panik sebab minyak dan gas adalah penggerak dunia. Boleh bayangkan dunia tanpa petrol dan diesel?

Negara utama pengeluar minyak dan gas pula adalah Amerika Syarikat (AS), Rusia, Arab Saudi dan China. Ini semua negara berpengaruh yang tidak akan sama sekali membenarkan harga komoditi ini terus merudum kerana itulah sumber pendapatan dan sumber kekuasaan geopolitik mereka.

Sebab itu apabila harga minyak jatuh teruk, kumpulan negara pengeluar minyak OPEC pada akhir tahun lalu bertemu dan bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak untuk menaikkan semula harga minyak. Jangkaan yang kita boleh buat adalah tahun ini, industri O&G akan lebih stabil.

Prestasi saham syarikat O&G juga dijangka lebih baik kerana pengurangan kos operasi. Syarikat O&G sebelum ini sudah biasa berbelanja mewah untuk perniagaan mereka. Tetapi kejatuhan teruk harga minyak sejak beberapa tahun lalu memaksa mereka mengikat perut dan belajar mengurangkan kos operasi sebanyak mungkin. Syarikat minyak AS, ConocoPhillips berjaya mengurangkan kos pengeluarannya daripada US$75 setong kepada US$50 setong hanya dalam tempoh dua tahun.

Kos operasi ini akan kekal pada tahap rendah walaupun harga minyak naik semula. Ini bermakna syarikat O&G akan dapat membuat keuntungan lebih banyak apabila harga minyak naik. Keuntungan tinggi akan membawa kepada peningkatan harga saham.

Tiada masa yang lebih baik untuk melabur dalam saham O&G berbanding sekarang. Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit modal, telefon pintar dan pengetahuan. Modal dan telefon pintar saya tak dapat bagi lah, tapi aspek paling penting iaitu pengetahuan, saya sedia berkongsi dengan sesiapa saja. Datanglah ke seminar saya dan buatlah keputusan bijak untuk meningkatkan pendapatan melalui pelaburan saham.

Bagi mereka yang bertanya dimana dan bilakah tarikh seminar apa kata anda hadirkan diri anda ke Seminar Pelabur Global dengan mendaftarkan diri anda dengan cara :

1/ Layari www.pelaburglobal.com

2/ Melalui SMS/WHATSAPP: Hantar <Nama> <No. IC> <No. Tel> <Email> <Lokasi Seminar> ke +6014-669 8307 / +6014-669 8327