Tiru cara orang putih

Saya suka tengok cara ‘orang putih’ melabur. Kebanyakan mereka tak ragu-ragu nak beli saham syarikat yang keluarkan produk kegemaran mereka. Alasan mereka mudah, mereka percaya dengan keupayaan syarikat itu sebab mereka sendiri guna produk yang dikeluarkan syarikat itu.

Mereka ini bukan pelabur, mereka hanya orang biasa yang pilih untuk laburkan duit mereka dalam pasaran saham. Contohnya Apple. Ramai pengguna produk Apple seperti iPhone, iPad atau MacBook beli saham Apple sebab percaya pada produk keluaran syarikat itu. Kita pun guna telefon iPhone, Samsung dan macam-macam gajet lain.

Kalau kita percaya dengan produk itu sampai sanggup keluarkan ribuan ringgit atau beratur panjang untuk dapatkannya, kenapa kita tidak mahu melabur dalam saham mereka? Sedangkan kita tahu syarikat begini ada kelebihan besar sebab produk mereka dianggap sebagai keperluan, semua orang akan beli dan pakai telefon atau komputer.

Pertumbuhan hebat syarikat-syarikat teknologi ini boleh dilihat daripada harga sahamnya. Saham Apple pada Januari 2005 bernilai US$5 seunit. Sekarang nilainya US$120 seunit. Apple juga adalah syarikat paling bernilai di dunia dengan nilai pasaran mencecah US$725 bilion. Samsung pula merupakan syarikat teknologi kedua terbesar dunia.

Syarikat-syarikat ini akan terus hasilkan produk inovatif kerana mereka adalah peneraju dalam pasaran. Jadi lama lagi lah mereka akan bertahan dalam pasaran. Ramai juga pemerhati yang anggap tahun ini Apple akan buat ‘come back’ selepas tahun 2016 yang agak kusam. Bila dah ada jangkaan begitu, inilah masa sesuai nak beli saham Apple.

Satu lagi perkhidmatan yang kita guna hampir 24 jam sehari adalah Facebook. Tetapi kenapa kita tak beli saham Facebook padahal kita tahu sekarang orang tak boleh hidup tanpa Facebook. Saham Facebook juga menunjukkan trend menaik, daripada US$38.23 masa ia mula-mula ditawarkan pada 2012 sekarang ini dah cecah US$133.23.

Jadi mulai sekarang, cuba ubah sikit cara kita melihat sesuatu produk yang kita guna atau barang yang kita tengok ramai orang guna. Kita kena fikir, siapa pengeluar produk itu? Kemudian kita semak sama ada syarikat itu disenaraikan di pasaran saham, tak kisah di negara mana pun. Kalau ada, buat kajian sikit pasal trend harga saham syarikat itu, trend pengguna dan buat analisis atau jangkaan masa depan.

Lepas itu, belilah sahamnya. Kalau kita pengguna tegar produk itu, kita mesti percaya yang produk itu akan sentiasa ada di pasaran jadi maknanya kita yakin pada syarikat pengeluarnya. Macam iPhone, boleh kita bayangkan Apple tiba-tiba bankrap dan hentikan pengeluaran iPhone dalam masa terdekat? Tentu tidak, sebab kita tahu betapa kukuhnya syarikat itu.

Samsung yang berdepan krisis tahun lalu apabila telefon keluarannya asyik terbakar pun masih mencatatkan peningkatan dalam harga sahamnya. Sebab pengguna masih percaya kepada produk keluaran syarikat itu dan akan terus membelinya.

Anda risau sebab anda tak tahu macam mana nak kaji trend harga saham atau buat analisis ekonomi sebelum beli saham? Ha sebab itu kena datang seminar saya. Jangan runsing-runsing, mudah saja nak belajar semua itu. Apa yang penting, kemahuan anda.

Bagi mereka yang bertanya dimana dan bilakah tarikh seminar apa kata anda hadirkan diri anda ke Seminar Pelabur Global dengan mendaftarkan diri anda dengan cara :

1/ Layari www.PelaburGlobal.com

2/ Melalui SMS/WHATSAPP: Hantar <Nama> <No. IC> <No. Tel> <Email> <Lokasi Seminar> ke +6014-669 8349 / +6014-669 8327 / +6016-234 8307