Melabur Dalam Saham Emas

Ramai orang jumpa saya dan beritahu mereka takut nak melabur dalam pasaran saham kerana reputasi pasaran saham yang terkenal dengan kenaikan dan kejatuhan tidak menentu.

Ada juga yang takut nak beli saham syarikat sebab khuatir syarikat-syarikat ini akan rugi atau gulung tikar satu hari nanti disebabkan pelbagai faktor ekonomi. Tetapi mereka ini tetap merancang mahu melabur dalam dunia saham kerana mereka tahu pulangannya jauh lebih baik berbanding pelaburan biasa.

Kepada orang-orang begini, saya selalunya nasihatkan mereka untuk melabur dalam emas. Bukan beli emas secara fizikal tapi beli saham yang disandarkan pada nilai emas, atau digelar exchange traded fund (ETF). Banyak sebab kenapa ETF emas antara pelaburan yang anda patut pertimbangkan.

Membeli ETF emas bermakna anda membeli emas dalam bentuk elektronik. Ia lebih senang untuk dijual beli, sama macam saham lain dan lebih selamat. Kenapa saya cakap lebih selamat? Sebab kalau anda nak beli barang kemas sebagai pelaburan, jadi satu masalah pula, nak simpan di mana barang-barang itu?

Konsep pelaburan ETF emas ini mudah. Anda beli emas dalam bentuk unit saham yang diniagakan di pasaran saham. Harga satu unit saham biasanya bersamaan dengan harga satu gram emas. Bukan emas cikai ya, tapi emas yang ada ketulenan sangat tinggi, selalunya 99.5 peratus emas tulen. Jadi unit saham yang anda beli itu pun bernilai tinggi.

Satu kelebihan melabur dalam ETF emas ini ialah nilainya stabil. Paling penting sekali, nilai emas memang sangat dijaga oleh semua kerajaan di dunia. Ini kerana kebanyakan kerajaan menyimpan rizab mereka dalam bentuk emas. Bank Negara Malaysia sendiri ada simpanan emas mencecah US$1.6 bilion setakat tahun lepas. Sudah pasti kerajaan akan pastikan harga emas tidak jatuh teruk.

Apa yang paling saya suka pasal pelaburan emas ini ialah kos pelaburan yang rendah. Sebab itu saya cadangkan mereka yang belum berani nak melabur dengan banyak supaya beli ETF emas. Anda boleh beli minimum satu gram emas. Kalau beli barang kemas, mana boleh beli satu gram kan? Kalau melabur dalam saham lain pun anda perlu dibeli dengan jumlah minimum satu lot atau 100 unit saham.

Saya pernah sebut sebelum ini emas adalah sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang jadi walaupun anda mulakan dengan beli hanya beberapa unit ETF emas, anda boleh tambah sikit demi sedikit dari semasa ke semasa.

Ingat, jangan hadkan pelaburan emas anda dalam negara sahaja. Melaburlah dalam ETF emas di luar negara supaya anda ada lebih banyak pilihan yang menguntungkan. Di pasaran saham Amerika Syarikat, ETF emas yang paling menguntungkan tahun lepas ialah saham emas UGLD dengan pulangan antara 12.9 peratus dan 21.03 peratus kepada pelaburnya walaupun tahun lalu ekonomi dunia berdepan dengan pelbagai cabaran hebat.

Pulangan itu jauh lebih tinggi daripada anda melabur dalam amanah saham, kan? Cuma untuk melabur dalam saham emas, anda kena peka dengan trend global dan nilai mata wang terutama USD. Semua ini anda boleh belajar dan kuasai dengan mudah dalam seminar yang saya anjurkan.

Bagi mereka yang bertanya dimana dan bilakah tarikh seminar apa kata anda hadirkan diri anda ke Seminar Pelabur Global dengan mendaftarkan diri anda dengan cara :

1/ Layari www.PelaburGlobal.com

2/ Melalui SMS/WHATSAPP: Hantar <Nama> <No. IC> <No. Tel> <Email> <Lokasi Seminar> ke +6014-669 8307 / +6014-669 8327