Siapa Nak Beg LV PERCUMA?

Ha tu dia. Nampak perkataan LV, nampak perkataan percuma, semua orang teruja. Hari ini saya nak kongsikan cara macam mana kita nak dapatkan beg berjenama mewah macam LV, Chanel, atau Hermes tanpa perlu susah payah kumpul duit sendiri bertahun-tahun.

Dalam dunia perniagaan, kita tahu antara barangan atau perkhidmatan yang boleh dikatakan ‘kebal’ daripada kegawatan ekonomi ialah barangan mewah termasuk beg tangan bernilai puluhan ribu ringgit yang menjadi idaman kalbu boleh dikatakan semua wanita di dunia.

Selain beg berjenama, barangan mewah seperti kereta Ferrari atau Lamborghini, kasut Jimmy Choo, barangan kemas Cartier, jam tangan Rolex semua merupakan mainan orang-orang kaya. Barangan seperti ini bukan sahaja tak terkesan dengan masalah ekonomi malah lagi mahal barang itu dijual, makin jadi rebutan sebab nilai eksklusif yang dicari oleh orang-orang kaya.

Jangan tak tahu, dalam kita merungut ekonomi makin tenat, kos sara hidup makin naik, ada ribuan jutawan dilahirkan setiap hari di dunia. Di Asia sahaja, jumlah jutawan pada 2015 mencecah 5.1 juta orang, naik 9.4 peratus daripada tahun sebelumnya.

Maknanya syarikat yang menjual barangan mewah ini sentiasa akan ada pasaran, malah pasaran mereka semakin besar sebab kewujudan lebih ramai jutawan ini bermakna lebih ramai orang mampu beli barangan mereka. Ini menjadikan saham syarikat-syarikat ini sebagai lubuk pelaburan kita.

Indeks saham mewah global Standard & Poor’s mencatatkan purata pulangan tahunan sebanyak 12.96 peratus kepada pemegang saham sepanjang 2016. Indeks ini terdiri daripada 80 syarikat terbesar di pasaran saham yang terlibat dalam pengeluaran atau pengedaran barangan atau perkhidmatan mewah. Maknanya saham syarikat-syarikat ini tetap stabil dan tidak terjejas teruk walaupun tahun lalu dunia berdepan dengan kelembapan ekonomi.

Pergerakan Harga Saham LV Untuk 8 Tahun
Pergerakan Harga Saham LV Untuk 1 Tahun

Sekarang mari kita tengok pula prestasi saham syarikat barangan mewah. Saya ambil saham LV sebagai contoh. Dalam tempoh setahun lalu, saham LV bernilai antara 130 euro dan 219 euro. Cuba bayangkan kalau kita beli saham LV semasa nilainya 130 euro dan kita jual semasa nilainya mencecah 219 euro. Kita dapat keuntungan 89 euro untuk satu unit saham. Kalau tolak yuran broker pun nilainya masih lebih kurang begitulah.

Jadi kalau kita ada 100 unit saham LV? Kita untung 8,900 euro. Boleh beli tiga hingga empat beg tangan LV! Tak perlu keluar duit kita sendiri pun untuk beli, kita hanya gunakan keuntungan yang kita dapat daripada melabur dalam saham LV.

Senang cerita, kita suruh LV yang bayar beg kita. Kalau kita kumpul duit sendiri, setahun pun mungkin tak dapat lagi beg idaman. Tapi dengan melabur dalam saham, dalam tempoh setahun kita dah boleh dapat keuntungan tinggi. Itulah seronoknya melabur dalam saham sebab ia boleh jadi pelaburan jangka masa pendek, bergantung kepada jenis saham yang kita pilih.

Jadi jangan tunggu lama-lama untuk mula belajar melabur saham. Lagi lama anda tunggu, lagi lambat anda dapat pakai beg tangan, kasut atau jam mewah idaman anda. Langkah pertama untuk belajar cukup senang, hanya layari www.pelaburglobal.com untuk pendaftaran ke Seminar Pelabur Global 2017 sepanjang tahun ini yang saya kendalikan sendiri. Jumpa di sana!