Teknik Warren Buffett Melabur Saham

Siapa yang tak kenal dengan Warren Buffett? Seorang pelabur saham yang terkenal di dunia kerana kejayaannya sebagai seorang value investor.

Warren Buffett mengakui bahawa beliau adalah 85% Benjamin Graham, dan 15% -nya lagi Philip Fisher. Apa maksudnya?

Maksudnya ialah, dari Benjamin Graham beliau belajar mengenai strategi value investing dan dari Philip Fisher beliau belajar strategi growth investing. Beliau menggabungkan kedua-dua strategi tersebut untuk melabur saham.

Kedua-dua strategi tersebut telah terbukti mampu membuatkan Warren Buffet mencapai kejayaan beliau hingga hari ini.

Tidak ada masalah bagi seorang trader untuk mengikuti strategi value investing ala Warren Buffet. Kerana dengan strategi ini kita boleh menggandakan asset kita. Atau dalam bahasa lain DIVERSIFICATION. Kebiasaannya saya akan menyarankan ramai orang untuk mempunyai dua akaun saham. Satu untuk trading dan satu untuk investing.

Oleh itu, untuk menggunakan strategi Warren Buffet, kita perlu tahu dahulu maksud Value Investing’.

 

Apakah Itu Value Investing?

Value investing adalah kaedah pelaburan dengan membeli suatu saham yang mempunyai fundamental bagus, harganya dinilai “murah”, di mana saham tersebut diniagakan lebih rendah dari nilai wajarnya.

Value stock boleh didapati di syarikat besar (blue chips) ataupun syarikat-syarikat yang mempunyai fundamental bagus, produk yang bagus dan merupakan market leader.

 

Bila Waktu Yang Tepat Untuk Membeli Value Stocks?

Kebiasaannya value stocks boleh dikenalpasti ketika pasaran saham sedang crash besar atau membuat correction besar-besaran, atau ketika pasaran sedang membuat correction disebabkan news/catalyst tertentu. Contohnya ketika pasaran tergugat dengan kejatuhan harga komoditi, dan berlaku panic selling.

Ada beberapa perkara yang membuatkan pasaran market goyah seperti berlakunya rusuhan, peperangan, krisis ekonomi dunia dan lain-lain. Hal ini telah menyebabkan kejatuhan harga saham sesuatu syarikat meskipun fundamental syarikat masih kuat, permintaan produk tetap tinggi. Kejatuhan ini diklasifikasikan sebagai kejatuhan harga akibat faktor luaran.

 

Bagaimana Cara Mencari Value Stock?

Untuk mencari Value Stock, carilah saham yang memiliki nilai yang lebih rendah daripada harga sebenarnya.

Carilah syarikat yang bukan sahaja murah tapi juga baik dari segi fundamentalnya. Berikut antara kriteria fundamental yang diberi perhatian mengikut Buffett’s Philosophy.

 

Selain itu, Warren Buffett juga lebih berminat kepada value stock yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

  • tidak terlalu banyak perubahan (dari segi bisnes/produk).
  • tidak memerlukan research dan pembangunan yang banyak untuk pastikan selari dengan teknologi semasa.
  • menawarkan produk atau servis yang orang ramai dan organisasi lain perlukan tidak kira sama ada keadaan ekonomi baik atau buruk.
  • mempunyai kelebihan ketika bersaing yang memberikan keupayaan untuk menaikan harga pasaran produk/servis.

 

Kesimpulannya, saham yang undervalued biasanya adalah saham yang mempunyai fundamental yang baik, namun bergerak dalam downtrend disebabkan faktor luaran. Jika anda mempunyai masalah untuk mencari saham-saham kecil yang undervalue, adalah lebih baik anda memilih saham-saham blue chips yang tidak tinggi harganya.

Cuma masalahnya … crash terjadi hanya selama beberapa tahun sekali. Value Investor harus sabar menunggu timing untuk beli. Warren Buffett berkata, siapkan cash supaya ketika masa crash itu datang, anda boleh memborong saham-saham bagus dengan harga yang murah.