Penting Ke Volume ni? Macam Mana Nak Guna?

Apa itu Volume ?

Volume dapat didefinsikan sebagai penanda aras jumlah saham transaksi terhadap sesuatu saham. Jika demand/belian yang tinggi berlaku, maka volume hijau spike terbentuk. Jika supply/jualan yang tinggi berlaku, maka volume merah spike terbentuk. Namun, kadang-kadang pembentukan volume tidak seiring dengan pergerakan harga.

Apakah Fungsi Volume?

1. Liquidity / kecairan

Fungsi pertama volume adalah untuk menunjukkan liquidity sesuatu saham. Liquidity ini penting agar memudahkan kita jual dan beli sesuatu saham.

Jika sesuatu saham memiliki volume yang banyak, maka mudah dan cepat untuk kita lakukan buy dan sell. Tetapi jika sesuatu saham memiliki volume yang sedikit, maka kita perlukan sedikit waktu untuk menjual atau membeli.

Contohnya seperti chart di bawah ini. PERISAI mempunyai volume yang sedikit. Bentuk chart yang terbentuk seperti ‘sikat’.

2. Trend Comfirmation

Trend corfirmation yang dimaksudkan di sini adalah volume bergerak seiring dengan pergerakan harga. Di mana, semasa harga meningkat naik volume juga meningkat. Ketika harga menurun, volume turut ikut berkurangan.

Anda boleh lihat contoh saham PENTA di rajah di bawah.

3. Reversal Comfirmation

Reversal comfiramtion yang dimaksudkan adalah penjualan besar-besaran. Volume sell yang tinggi sehingga menyebabkan harga saham jatuh mendadak. Perlu kita ingat bahawa pasaran saham adalah mengenai psikologi. Penjualan besar-besaran ini menyebabkan ramai retail fear dan jual semua saham yang mereka miliki. Hal ini akan menyebabkan penjualan berterusan terutama bagi penny stocks.

Anda boleh lihar contoh saham SUMATEC di rajah di bawah.

4. Breakout & Chart Pattern Comfirmation

Bagi saham yang bergerak mengikut trend (45°), jika terjadi breakout, maka breakout tersebut mestilah mempunyai volume yang spike atau melebihi volume sebelumnya. Begitu juga dengan chart pattern. Hal ini adalah untuk memastikan kenaikan harga tersebut adalah disebabkan permintaan/pembelian yang banyak.

Kesimpulannya, volume penting untuk memastikan kita membeli saham yang betul dan masuk pasaran pada waktu yang betul.