Pilih Strategi Pelaburan Kewangan Yang Sesuai dengan Risiko Anda

Berani Rugi? : Pilih Strategi Pelaburan Kewangan Yang Sesuai dengan Risiko Anda

Risiko yang terdapat di dalam sesuatu pelaburan memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pulangan modal yang mampu dijana oleh sesuatu pelaburan. Risiko pelaburan merupakan elemen yang akan menyebabkan kadar pulangan sebenar menyimpang dari kadar pulangan yang dijangkakan.

Apa itu risiko? Apakah risiko berani rugi?

Dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan, pasti ada risiko. Jika kita memasak, terdapat risiko melecur atau masakan tidak sedap. Apabila kita memandu, terdapat risiko kemalangan. Malahan ketika kita berjalan, ada risiko kita terjatuh.

Begitu juga dengan pelaburan. Terdapat risiko untuk rugi sama ada banyak, sedikit atau lebur semua modal. Setiap orang mempunyai risiko yang berbeza mengikut kemampuan setiap pelabur. Ada orang yang berani kehilangan RM 3000 dalam satu transaksi, ada juga yang merasa RM 3000 ini terlalu besar sehingga meminimumkan risikonya terlebih dahulu dengan mengurangkan modal pelaburannya.

Berdasarkan peranan risiko sebagai elemen yang mampu mempengaruhi prestasi sesuatu pelaburan, pelabur-pelabur yang bijak seharusnya meluangkan lebih masa untuk menilai tahap risiko yang akan dihadapi dan tidak hanya menumpukan perhatian ke atas potensi pulangan yang mampu dijana. Dengan lain perkataan, faktor risiko dan pulangan adalah sama-sama penting di dalam menentukan sesuatu keputusan pelaburan.

Kenalpasti keadaan kewangan kita, adakah kita bersedia kehilangan beberapa ringgit wang kita daripada pelaburan tersebut. Kira terlebih dahulu sebelum kita memulakan pelaburan, supaya apabila berada di dalam pasaran, kita berasa selesa dan emosi yang tenang.

 

Terdapat 3 kategori risiko perlaburan yang perlu kita ketahui:

1) Low Risk

Merupakan jenis pelaburan yang paling rendah risiko dan paling selamat. Pelaburan ini adalah pelaburan jangkamasa panjang. Pulangan untuk pelaburan adalah minima serta bergantung kepada modal pelaburan.

Contohnya:
– ASB
– Tabung Haji
– EPF

 

2) Moderate Risk

Merupakan jenis pelaburan yang memberikan pulangan lebih baik bergantung kepada keadaan pasaran semasa dengan risiko yang masih terkawal. Pelaburan diuruskan oleh fund manager yang dilantik. Pulangan pelaburan juga bergantung kepada modal pelaburan.

Contohnya:
– CWA
– Public Mutual
– Philip Capital

 

3) High Risk

Merupakan jenis pelaburan yang memberikan pulangan yang tinggi tetapi dengan risiko yang tinggi. Pelaburan anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Segala urusan jual beli, jumlah pembelian diuruskan sendiri. Anda perlu menjadi seperti seorang fund manager. Segala info tentang syarikat, catalyst ekonomi, trend ekonomi semasa perlu diketahui.

Perkara penting bagi pelaburan High Risk adalah, ILMU UNTUK MELABUR DAN BERDAGANG berbanding pelaburan Low Risk dan Moderate Risk.

Contohnya:
– Pasaran saham
– Komoditi
– Forex
– Bitcoin

 

Kesimpulannya, cepat atau lambat, tinggi atau rendah pulangan dalam pelaburan adalah bergantung kepada tahap risiko sesuatu pelaburan. Namun, apa yang penting adalah ilmu untuk kembangkan modal pelaburan. DIVERSIFICATION adalah strategi pelaburan kewangan yang terbaik.