Sembang Pasal Saham Tapi Support Dan Resistance Pun Tak Tahu. Baca Ni.!

Konsep support dan resistance merupakan dua perkara yang paling banyak digunapakai dalamteknikal analisis. Istilah ini digunakan untuk menentukan paras harga sesuatu saham sama ada berpotensi untuk meneruskan aliran naik atau menurun. Kebanyakan pelabur/pedagang yang berpengalaman dapat menceritakan tentang bagaimana pergerakan harga sesuatu saham dengan menggunakan support dan resistance.

Support adalah paras harga tertentu yang dipastikan sebagai harga terendah pada suatu masa, Di mana harga terendah tersebut merupakan paras sokongan terhadap pergerakan harga saham.

Semasa berlaku pembetulan(retracement, sekiranya harga menyentuh support, harga seperti memantul kembali ke atas. Jika support ini tertembus (breakdown), maka harga akan jatuh sehingga support yang lebih rendah.

Resistance pula adalah paras harga tertentu yang dipastikan sebagai harga tertinggi pada suatu masa. Biasanya harga akan turun setelah menyentuh harga resistance. Jika resistance tembus (breakout), harga akan naik hingga membentuk resistance berikutnya iaitu sehingga retrace(pembetulan).

Berdasarkan contoh gambar tersebut, kita dapat melihat garis zigzag yang menaik (uptrend) di mana selalu kita lihat dalam bull market.  Kita dapat melihat pergerakan harga saham yang menaik dan mengalami retracement/pembetulan.  Dipuncak tertinggi sebelum penurunan itulah disebut resistance.

Selepas retracement/pembetulan, ia akan kembali bergerak menaik dan akan menembusi(breakout) paras resistance sebelumnya. Paras harga yang terendah semasa penurunan sementara itulah dikenali sebagai support. Di dalam pergerakan harga saham, ia akan sentiasa bergerak di dalam pattern yang sama.  Oleh itu, akan sentiasa terbentuk paras support dan resistance.  Ia juga akan terjadi pada bear market apabila harga saham sedang menurun (downtrend).

 

Cara Mengetahui Support dan Resistance

Teknik yang selalu digunapakai untuk menentukan paras support dan resistance adalah dengan mengenalpasti sejarah harga terendah dan harga tertinggi sesuatu saham. Langkah-langkanya:-

  1. Lihat history pergerakan harga saham pada suatu waktu tertentu.
  2. Kenalpasti harga tertinggi dan terendah dari pergerakan harga tersebut.
  3. Buat garisan melintang pada harga tertinggi dan terendah tersebut.

Kaedah ini adalah salah satu cara paling mudah untuk menentukan support dan resistance serta berguna untuk mengenalpasti pergerakan harga pada masa kan datang.

Apa yang perlu kita lihat dan faham adalah support dan resistance, bukan harga pasaran semasa pada waktu itu sahaja.  Dalam pergerakan harga saham, kita akan selalu melihat penurunan harga yang melebihi paras harga support ketika itu dan juga kenaikan melebihi paras harga resistance ketika itu.  Ini adalah perkara biasa dalam pergerakan harga saham, ia akan kerap menguji melebihi paras harga support dan paras harga resistance. Rajah di bawah adalah contoh candlestick menguji dengan melebihi paras support.

Fungsi Lain Bagi Support Dan Resistance:

  • Apabila harga pasaran bergerak melebihi resistance, paras hargacandlestick tersebut juga boleh dijadikan support yang baru.
  • Sekiranya harga pasaran semasa bergerak dan kerapmenguji tahap support dan resistance, ini bermakna support dan resistance tersebut
  • Sekiranya harga pasaran melebihi tahap support dan resistance, jangkaanharga yang baru boleh dikenalpasti berdasarkan kepada kekuatan paras support dan resistance yang telah break.

Apabila kita selalu membuat latihan untuk mencari paras support dan resistance, kita akan dapati bahawa mencari support dan resistance itu sebenarnya mudah.  Kita hanya perlu memahami konsep apa itu support dan resistance.  Setelah kita memahami konsep tersebut, kita boleh membuat strategi trading berdasarkan garis trend yang terbentuk dari support dan resistance atau lebih dikenali dengan istilah trend lines.