Dato’ Dr. Nazri Khan


KELIBAT dan penulisannya sering mendapat tempat di media. Namun begitu, beliau bukanlah selebriti mahupun aktor handalan biarpun namanya semakin masyhur dan dikenali ramai. Malahan banyak yang terpesona dengan kepetahannya berbicara, khususnya tentang ekonomi, pelaburan, dan pasaran modal. Meskipun usianya masih muda, ketokohannya amat mengagumkan sesiapa sahaja. Tidak hairanlah beliau dinobatkan sebagai Top Opinion Leader untuk dua tahun berturut-turut – 2015 hingga 2016.

Sememangnya Dato’ Dr. Nazri Khan, popular dan sering dijemput menjadi pengulas pasaran saham, sama ada menerusi media arus perdana tempatan mahupun antarabangsa. Ulasan dan jalur pemikirannya sentiasa dinanti-nantikan oleh pedagang saham. Tidak kurang juga yang berjaya setelah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar beliau, sekali gus dapat membangunkan Agenda Ekonomi Bumiputera melalui pasaran saham.

Mengulas perihal peningkatan siswazah menganggur, Dr. Nazri Khan berkata, kebanyakan siswazah tempatan tidak didedahkan dengan ilmu yang berkaitan dengan sains kekayaan dan tidak mempunyai kemahiran serta ilmu pengetahuan yang menepati kehendak pasaran. Tambahnya, rata-rata siswazah tempatan kurang keyakinan diri dan daya kepimpinan hingga menyebabkan mereka sukar untuk bersaing dengan graduan lulusan luar negara.

” Sains kekayaan ini suatu bidang ilmu yang didedahkan kepada pelajar tentang cara untuk mengumpul kekayaan, menggandakan aset mereka dan bijak menghidu serta memaksimumkan peluang “
– Dato’ Dr Nazri Khan –

 

Dato’ Dr. Nazri Khan merupakan pemegang Ijazah Ekonomi dan Kewangan daripada Universiti Manchester, United Kingdom. Meskipun dikenali sebagai figura ekonomi dalam dunia pasaran modal, beliau tidak lokek berkongsi pengalamannya, malahan sentiasa menyantuni sesiapa sahaja yang ingin menjadi pelabur profesional.


BLOG



More Blog Post

FREE EBOOK!

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

FREE EXCLUSIVE VIDEO!

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.